Coklat sangat lazat... Selama ini kita asyik makan coklat buatan luar negeri, ha.. sekarang ni di KL khususnya telah ramai wanita-wanita yang meminati coklat dan mempelajari bagaimana untuk menyediakannya. Entah bagaimana tetiba ada pula ada seorang Chef Coklat di Malaysia ini. Maka Chef yang banyak pengalaman ini telah mengadakan kelas coklat bagi memperkenalkan coklat yang sedap-sedap yang setanding dipasaran. Walau bagaimanapun, saya tak sangka dapat belajar dengan beliau. Itulah di Chef Amer Hamzah yang sehingga sekarang saya masih berutus dengan beliau melalui 'face book'.
Dalam bab coklat ini, janganlah kita dok kata makan coklat jadi gemuk, takut kena kencing manis sebab gula akan naiklah... Sebenarnya coklat mempunyai antioksida yang sangat diperlukan oleh badan. Makan coklat hari-hari pun baik, tambah lagi kalau buat sendiri sebab dah tahu kandungannya. Semenjak dah pandai buat coklat ni, keraplah saya memakannya. Coklat dimakan dengan berintikan dengan kekacang, ganache dan lain-lain yang sedap-sedap. Dengan tambahan intilah yang menjadikan coklat lebih sedap..... Kepada sesiapa yang baru-baru cuba belajar membuat coklat tu janganlah setakat tahu buat coklat saja, belajarlah dengan lebih mendalam, anda akan berasa seronok dan untuk belajar janganlah terlalu berkira kerana ilmu tidak akan datang menggolek....
Monday, October 13, 2014
Friday, July 16, 2010
BORAK-BORAK
Saya ingin menarik perhatian rakan-rakan yang membaca blog saya ini. Saya ingin bercerita tentang apakah yang perlu dilakukan selepas bersara. Selalunya kita akan berkata, nak rehatlah, nak melanconglah.... Tapi alangkah ruginya kita sekiranya kita abaikan masa itu. Saya bukan nak ajak membuat kerja, tetapi untuk mengisi masa santai membuat sesuatu yang boleh mendatangkan hasil. Apa-apa saja yang dilakukan mestilah mendatangkan hasil tetapi dengan syarat kerja yang dilakukan tidak memudaratkan kesihatan kita yang dah senja ni. Orang kata sambil-sambilanlah...
Di samping itu janganlah lupa melakukan pemeriksaan kesihatan dan senaman ringan. Kalau orang perempuan apa lagi poco-pocolah.
Pada masa sekarang saya sangat berminat dalam bidang yang saya pelajari ini. Kesemuanya saya lakukan mengikut kesesuaian masa. Kalau buat urutan reflexsiologi saya akan membuat temu janji dengan teman-teman yang memerlukan khidmat ini, manakala menjahit manik dilengan baju ke.. saya akan hadkan masa untuk menyiapkan supaya baju yang dah dimainkkan itu dapat dipakai oleh pemunyanya. Di samping itu ada saja masa yang terluang, saya akan membuat coklat untuk dijual di antara rakan-rakan di pejabat (begitu juga kalau ada tempahan). Saya akan menyesuaikan masa untuk melakukan semua kerja-kerja ini dengan tidak memenatkan badan dan minda termasuklah kerja-kerja di rumah.
BELAJAR MEMBUAT COKLAT
Sebagai seorang yang bekerja, saya memikirkan apakah yang boleh saya buat selepas saya bersara kelak. Saya mencari-cari beberapa kemahiran yang boleh dibuat sambil-sambil, ialah untuk mengisi masa yang terluang nanti. Sebelum ini pun saya telah mempelajari menjahit manik dan urutan refexsiologi.
Untuk bidang pembuatan coklat tidak terlintas di dalam fikiran saya. Satu hari rakan saya Hajah Alijah mengajak saya mempelajarinya, saya pun setuju saja tapi kena bayar RM250.00. Alamak!!... mahalnya... tapi masa itu adalah duit lebih sikit, jadi saya pun ikut saja. Maka kami pun pergilah belajar. Rupa-rupanya belajar membuat coklat ni senang je... tak perlu guna oven hanya gunakan peti sejuk (pelik juga ek!). Setelah mempelajarnya saya pun jatuh cinta dengan pembuatan coklat. Maka saya pun mula mencari-cari kelas lanjutan. Melalui Berita Publishing, saya pun mengikuti kelas asas dan lanjutan dengan Chef Amer Hamzah yang sangat banyak pengalaman dalam mengusahakan pembuatan coklat. Alangkah beruntungnya saya mendapat ilmu dari beliau (walau pun yurannya mahal). Saya mempelajarinya dengan penuh minat. Pada saya pembuatan coklat sangat ringkas, tetapi hendaklah dipelajari dengan teliti dan sabar. Membuat coklat bukan hanya seperti `melepaskan batuk di tangga' saja.
Wednesday, July 14, 2010
GAMBAR COKLAT
Subscribe to:
Posts (Atom)